Skip to main content

Variety hari ini melaporkan yang sambungan kepada filem aksi nyata Aladdin yang dikeluarkan pada tahun lepas sedang dibangunkan dengan John Gatins dan Andrea Berloff sebagai penulis.

Buat masa ini, ia masih di peringkat awal, dan 6 bulan lepas mereka mencari arahan untuk filem sambungan tersebut dan tampaknya mereka sudah mendapatkannya.

Animasi Aladdin mempunyai 2 filem, akan tetapi filem aksi nyata ini dilaporkan tidak akan mengambil penceritaan tersebut dan mempunyai penceritaan baharu.

Dan dan Jonathan Eirich akan terus menjadi penerbit bersama dengan Ryan Halprin sebagai penerbit eksekutif. Buat masa ini, tidak disahkan lagi jika Guy Ritchie akan terus menjadi pengarah. Namun, mereka ingin mengekalkan senarai pelakon seperti Will Smith, Mena Massoud dan Naomi Scott, tetapi tawaran tidak akan dilakukan sebelum skrip disiapkan.

Filem ini juga dilaporkan adalah untuk tayangan di wayang dan bukan untuk Disney+ secara terus. Filem pertama Aladdin menerima ulasan yang pelbagai akan tetapi mendapat kutipan yang baik untuk Disney.

Leave a Reply