Filem To All the Boys P.S. I Still Love You kini mula ditayangkan di Netflix, ia adalah filem sambungan kepada filem “To All the Boys I’ve Loved Before” yang dikeluarkan pada tahun 2018 berdasarkan novel berjudul sama.

Bersempena dengan hadirnya filem terbaru tersebut, Netflix kini menawarkan filem pertama secara percuma kepada semua orang, dan boleh ditonton tanpa memerlukan akaun.

Tawaran ini adalah sehingga 9 Mac sahaja, jika anda tidak mempunyai langganan Netflix, ini adalah peluang anda untuk menontonnya terutama jika anda menyukai filem romantik komedi.

Ini adalah satu tawaran yang menarik oleh Netflix, dan kami merasakan ia adalah pertama kali dilakukan.

Tonton To All The Boys I’ve Loved Before

Sohor Kini