Setelah mengacahkan DLC seterusnya di lokasi New York buat permainan Tom Clancy’s The Division 2 sebelum ini, Ubisoft hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran DLC baharu iaitu Warlords Of New York yang mana ianya akan dilancarkan pada 3 Mac 2020 ini di konsol dan PC.

DLC ini akan memfokuskan lokasi New York, iaitu lokasi asal untuk permainan The Division pertama yang dilancarkan beberapa tahun lepas.

Terkini, melalui DLC ini, pemain akan bertembung dengan Aaron Keener, iaitu bekas ejen Division yang mengkhianati mereka. Selain itu, Aaron Keener juga disertai oleh ejen lain yang mana juga bekas ejen The Division dan mereka juga merupakan musuh-musuh yang akan pemain hadapi melalui DLC ini.

Semestinya dengan tibanya DLC baharu, Massive Entertainment juga menyertakan beberapa kandungan baharu khas melalui DLC ini. Selain daripada kelengkapan baharu, kali ini pemain juga dilengkapi dengan kemahiran baharu dan had peringkat watak pemain sehingga 40.

Selain itu, DLC ini juga akan menyertakan kemajuan watak berterusan baharu yang mana setelah pemain mencapai peringkat ke-40, pemain masih lagi boleh tingkatkan statistik pemain dengan pelbagai tetapan. Menariknya, paparan antara muka kelengkapan juga diubahsuai dengan lebih mudah untuk dilihatkan dan mudah untuk difahami segala statistiknya.

Untuk informasi lanjut dan penerangan lokasi New York tersebut, anda boleh menonton di bawah.

Tom Clany’s The Division 2 sudah dilancarkan tahun lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami juga telah mengulas permainan ini di mana anda boleh membacanya di bawah.

Sohor Kini