Skip to main content

Permainan kad Magic: The Gathering boleh dikatakan permainan kad yang paling popular di dunia untuk beberapa dekad, khususnya dengan pelancaran kad-kad baru setiap beberapa bulan dan pertandingan-pertandingan yang sering berlangsung di seluruh dunia.

Terkini, suatu kicauan oleh akaun Twitter HipstersMTG mengatakan bahawa Hasbro, pemilik IP Magic: The Gathering ini berkata bahawa populariti dan jualan Magic: The Gathering semakin berkurangan, dan mengatakan bahawa ia adalah produk “legasi” dan semakin ditinggalkan zaman.

Walaupun begitu, akaun Twitter tersebut turut mengatakan bahawa CEO Hasbro, Brian Goldner mengesahkan beberapa pengumuman baru mengenai permainan komputer Magic: The Gathering Arena, dimana permainan kad atas talian tersebut akan tiba untuk platform permua disamping MacOS pada tahun ini.

Keputusan ini mungkin diambil kerana kini lebih ramai orang bermain permua di peranti pintar berbanding dengan komputer, dimana Magic: The Gathering Arena mula diperkenalkan.

Butiran lanjut mengenai pelancaran Magic: The Gathering Arena versi permua akan diumumkan di acara Toy Fair di New York.

Leave a Reply