Skip to main content

Disember lepas, Nintendo telah menambah 6 permainan untuk pelanggan Nintendo Switch Online, dan hari ini, Nintendo mengumumkan 4 lagi permainan akan ditambah pada bulan ini.

2 Permainan tersebut adalah permainan SNES iaitu Pop’n TwinBee iaitu permainan menembak yang dikeluarkan pada tahun 1993. Satu lagi adalah Smash Tennis atau juga dikenali sebagai Super Family Tennis yang turut dikeluarkan pada tahun yang sama.

Manakala 2 lagi permainan adalah daripada konsol NES iaitu Shadow of the Ninja, permainan aksi side scroller yang dikeluarkan pada tahun 1990, serta Eliminiator Boat Duel, permainan perlumbaan boat yang dikeluarkan pada tahun 1991.

Seperti permainan lain, ia akan menyokong multi-pemain dalam dan luar talian. Ia akan tiba pada 19 Februari 2020 untuk semua pelanggan Nintendo Switch Online.

Leave a Reply