Ketika acara E3 tahun lepas, Square-Enix mengumumkan permainan penembak baharu yang dibangunkan oleh People Can Fly iaitu Outriders dan ianya dijadualkan untuk dilancarkan pada suku kedua tahun ini.
Terkini, Square-Enix mengumumkan yang mana permainan ini akan ditunda sekitar penghujung tahun ini dan ianya turut akan dilancarkan di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X. Permainan ini asalnya dirancang untuk dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC.
Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga memperlihatkan video acah baharu yang memperlihatkan sebilangan adegan permainan di samping pelbagai watak-watak yang bakal tiba baut permainan tersebut.
Untuk informasi lanjut berkenaan permainan ini anda boleh membacanya di artikel ini di mana kami kongsikan beberapa pengenalan buat watak-watak dan mod koperasi permainan tersebut.
Selain itu, People Can Fly juga menyatakan bahawa mereka akan memperlihatkan bentuk permainan ini menjelang Jumaat ini jam 4 pagi bagi waktu tempatan.
Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaannya setelah ia diumumkan secara rasmi.