Naughty Dog hari ini mengumumkan pra-tempah untuk permainan The Last of Us 2 Ellie Edition di buka kembali secara terhad di Amerika Syarikat, selain itu mereka juga mengumumkan yang demo permainan tersebut boleh dimainkan semasa acara PAX East iaitu pada akhir bulan ini.
Mereka juga berkongsi beberapa karya seni untuk permainan ini tetapi semasa penulisan ini, laman rasmi Naughty Dog tidak boleh di akses. Satu perkara yang boleh didapati oleh pemain di Malaysia adalah tema dinamik baharu berdasarkan permainan tersebut.
Bagi mendapatkan tema ini, anda hanya perlu menebus melalui PS Store menggunakan kod ini:
- Asia: RRR3-H3NG-6CJN
- Amerika: 4FMP-BBNM-J5L3
- Eropah: 9DEK-PKNG-N445
Tema tersebut diperlihatkan mempunyai 2 gambar berbeza bergantung kepada siang ataupun malam anda membuka konsol anda.
The Last of Us 2 akan dikeluarkan pada 29 Mei 2020 secara eksklusif untuk PlayStation 4.