Dengan pelancaran permainan Sword Art Online: Alicization Lycoris yang semakin hampir, Bandai Namco hari ini mempertontonkan satu video acah baharu buat permainan tersebut yang mana kali ini ianya memfokuskan bentuk pertempuran permainan tersebut.

Kali ini, Bandai Namco memperkenalkan sistem baharu yang dipanggil “Sistem Pertempuran Taktikal Pembelajaran Kecerdasan Buatan” yang mana ianya membenarkan pasukan pemain untuk mengingati kemahiran berdasarkan arahan yang diberikan oleh pemain, mengikut situasi.

Video acah di atas memperlihatkan bentuk pertempuran tersebut dengan lebih lanjut disamping memperkenalkan bentuk multi-pemain sehingga 4 pemain dan juga pengubah-suaian watak yang pemain boleh lakukan. Selain itu, pemain juga berupaya untuk melakukan serangan kombinasi bersama-sama peneman pasukan pemain.

Bandai Namco juga mengumumkan yang mana ReoNa, penyanyi asal untuk lagu pengakhiran anime Sword Art Online; Alicization juga akan menyanyikan lagu tema untuk permainan ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Sword Art Online: Alicization Lycoris akan dilancarkan pada 22 Mei 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini