Dragon Ball Z: Kakarot merupakan permainan aksi RPG oleh Bandai Namco seterusnya berdasarkan siri anime terkenal, iaitu Dragon Ball Z. Ianya dilancarkan pada Januari lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Terkini, menurut laporan kewangan Bandai Namco, permainan tersebut telah dilaporkan telah pun terjual sebanyak 1.5 juta salinan dalam tempoh masa seminggu sahaja. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa Bandai Namco menyasarkan ianya akan terjual melebihi 2 juta salinan pada tahun ini.

Semestinya jualan permainan berdasarkan anime terkenal Dragon Ball Z adalah tidak mengejutkan memandangkan menurut kenyataan Daniel Ahmad iaitu penganalisa permainan video di Nico Partners, siri permainan Dragon Ball Z sangat terkenal dengan jualan pelbagai permainan sering melebihi 2 juta salinan dalam tempoh masa yang pendek.

Antara yang tersenarai adalah Dragon Ball Xenoverse 2 mencapai jualan 1.4 juta salinan dalam tempoh masa seminggu dan Dragon Ball FighterZ yang terjual sebanyak 2 juta salinan dalam tempoh masa seminggu.

Dengan ini kami juga ingin mengucapkan tahniah buat Bandai Namco dan kami percaya Dragon Ball Z: Kakarot juga terus berjaya dengan pelbagai kandungan DLC yang dijanjikan oleh Bandai Namco pada masa akan datang.

Sohor Kini