Skip to main content

Setelah mengacahkan bahawa Ghost bakal kembali sempena musim kedua buat permainan Call Of Duty: Modern Warfare sebelum ini, Activision hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi musim kedua buat permainan tersebut bersama pengumuman watak Ghost.

Seperti biasa, musim kedua buat Call Of Duty: Modern Warfare ini akan menyertakan langganan Battle Pass baharu dengan pelbagai ganjaran yang menarik buat pemain

Selain itu, musim kedua ini juga akan menyertakan pelbagai kandungan baharu dan antara kandungan yang pasti menjadi permintaan ramai semestinya adalah watak Operator Ghost, di mana ianya disahkan kembali sebagai sebahagian daripada kemaskini permainan ini. Selain daripada itu, peta Rust dari Call Of Duty Modern Warfare 2 juga disahkan bakal kembali bersama-sama dengan peta baharu buat mod Ground War iaitu Zhokov Boneyard.

Bagi anda yang ingin melihat sebahagian daripada kandungan baharu yang diumumkan, anda boleh melihat imej di bawah.

Musim kedua buat Call Of Duty: Modern Warfare akan bermula sekitar lewat hari ini, dan bagi anda yang mempunyai permainan ini, pastikan anda memuat-turun kemaskini permainan kelak untuk mendapat kesemua kandungan baharu ini termasuklah mod baharu permainan.

Call Of Duty: Modern Warfare telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga sebelum ini telah mengulasnya di mana anda boleh membaca lebih lanjut di bawah.

Leave a Reply