Skip to main content

Salah satu permainan yang menarik minat kami ketika pengumuman acara Nindies awal tahun lepas semestinya adalah permainan Bloodroots di mana ia adalah permainan aksi yang sangat ganas oleh pembangun Paper Cult.

Terkini tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan iaitu ia bakal tiba pada 28 Februari 2020 ini di Switch, dan juga di konsol PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store. Permainan ini juga tersenarai di Steam, namun kami tidak pasti tarikh pelancarannya di Steam adalah sama di Epic Games Store ataupun tidak.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan ini memfokuskan kamera bentuk pandangan atas di mana pemain berupaya untuk bertempur dan membunuh dengan pelbagai bentuk serangan.

Permainan ini juga mempunyai bentuk dan visual yang sangat ganas dan berdasarkan beberapa laporan, permainan ini juga dikatakan diinspirasikan berdasarkan siri kartun yang sangat terkenal, iaitu Samurai Jack.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang 28 Februari ini.

Leave a Reply