Beach House Pictures, Blue Ant Studio dan Jumpstart Games hari ini mengumumkan perjanjian bersama untuk membangunkan siri TV animasi berdasarkan permainan dalam talian Neopets.

Bagi anda yang tidak pernah dengan mengenai Neopets, ia merupakan permainan yang memberi pemain haiwan maya untuk dijaga serta pelbagai permainan kecil untuk mendapatkan barangan di dalam permainan tersebut. Ia boleh dimainkan melalui pelayan web.

Berdasarkan perjanjian tersebut Beach House Pictures iaitu studio yang bertempat di Singapura akan membangunkan watak serta cerita bersama dengan pasukan animasi Blue Ant Studios di Kanada. Mereka juga sedang mencari rakan produksi dan juga platform.

Dengan hadirnya siri TV ini, Jumpstart Games iaitu penerbit untuk Neopets berharap ia akan mengembangkan lagi siri ini yang sebelum ini turut menerima permainan mudah alih.

Buat masa ini tidak disahkan lagi bilan siri TV ini akan dikeluarkan akan tetapi Jumpstart juga mengatakan yang terdapat pelbagai barangan serta penceritaan untuk Neopets akan tiba pada tahun ini.

Sohor Kini