Skip to main content

Anthem boleh dikatakan adalah permainan yang dinantikan ramai, dan seperti saya perkatakan semasa membincangkan sama ada ia masih mempunyai harapan, Anthem juga adalah permainan yang menjadi mangsa kepada popularitinya sendiri.

Ia adalah permainan yang gagal pada awal pengeluaran lagi, walaupun mempunyai mekanik serta bentuk permainan yang menyeronokkan tetapi kekurangan sebab untuk pemain terus bermain adalah sesuatu yang masalah besar bagi permainan looter shooter.

Hari ini, ketua Bioware Casey Hudson melalui penulisan di laman rasmi Bioware mengatakan yang mereka akan memfokuskan olahan semula secara jangka panjang untuk Anthem.

Tambah beliau lagi, mereka ingin memastikan permainan tersebut mempunyai kitaran bentuk permainan yang mempunyai sasaran jelas, cabaran dan juga kemajuan yang bermakna. Pada masa sama mengekalkan keseronokan terbang dan bertempur.

Oleh kerana itu, mereka akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan kemaskini terbaru bagi permainan tersebut. Buat sementara waktu ini, Anthem akan terus boleh dimainkan, tetapi ia tidak akan menyertakan kandungan semusim, dan sekadar mendapat acara masa terhad, barangan baharu di kedai dan juga bermain semula acara-acara sebelum ini.

Perkara ini boleh dikatakan sama seperti mana yang terjadi kepada Artifact oleh Valve, di mana pada April tahun lepas mereka mengumumkan untuk mengolah semula permainan tersebut, akan tetapi sehingga sekarang masih tiada sebarang kemaskini mengenainya.

Adakah Anthem akan menjadi seperti Artifact ataupun Bioware berjaya menjadikan ia permainan yang lebih baik?

Leave a Reply