Take-Two Interactive melalui pengumuman prestasi kewangan bagi suku ketiga untuk tahun fiskal 2019-2020 mengumumkan yang The Outer Worlds iaitu permainan aksi RPG oleh Obsidian Entertainment telah diedarkan sebanyak 2 juta unit.

Semasa laporan untuk suku kedua, Take-Two mengatakan yang jualan permainan tersebut telah melebihi jangkaan mereka. The Outer Worlds diterbitkan oleh Private Division iaitu studio penerbitan di bawah Take-Two Interactive.

Manakala Obisidian Entertainment pula sejak tahun 2018 merupakan sebahagian daripada Xbox Games Studio yang mungkin menjadikan The Outer Worlds sebagai permainan terakhir diterbitkan untuk pelbagai platform.

The Outer Worlds sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Manakala versi Switch sebelum ini tertunda diakibatkan wabak koronavirus.

Sohor Kini