Skip to main content

Antara janji sasaran untuk The Wonderful 101 di Kickstarter adalah apabila ia mencapai jumlah kutipan $1.5 juta (RM6.21 juta), mereka akan menghasilkan permainan sampingan iaitu Luka’s First Mission.

Hari ini, mereka akhirnya telah melebihi jumlah tersebut walaupun kempen tersebut masih berjalan untuk 25 hari lagi. Di dalam kemaskini terbaru untuknya, mereka memperlihatkan satu gambar awal untuk permainan sampingan tersebut.

Ia adalah permainan side-scroller, yang memfokuskan watak Luka iaitu seorang pelajar kepada Will Wedgewood ataupun Wonder-Red. Di dalam permainan ini, ia akan menceritakan mengapa Luka sangat membenci Wonderful 100.

Janji sasaran lain yang disertakan adalah muzik latar versi remix untuk kutipan $1.75 juta dan Luka’s Second Mission untuk kutipan sebanyak $2 juta, yang kami rasakan akan dicapai sebelum kempen Kickstarter ini berakhir.

The Wonderful 101 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC dengan anggaran pada April 2020.

Leave a Reply