Skip to main content

Sebelum ini kami kongsikan yang mana Moonton akan mengadakan acara kejohanan Mobile Legends Professional League bagi musim kelima yang mana ianya akan menawarkan wang hadiah sehingga RM410,000.

Terdapat lima pasukan yang telah dijemput dan hujung minggu lepas, berlangsungnya pusingan kelayakan untuk dua lagi pasukan yang akan ke musim liga tersebut. Dengan lebih dari 600 pasukan yang mendaftar, pasukan Orange Esports dan Makan Cendol akhirnya meraih kedua-dua slot tersebut dan berpeluang untuk bertempur dengan 5 pasukan lain untuk merebut wang hadiah terkumpul.

Setelah mengalah pasuakn Dark Horse dengan markah 2-1, pasukan Orange Esports yang terdiri daripada Silo, Eren, Mom, Cakbu, Mal dan Grengo meraih kejayaan dan terus layak ke liga musim. Manakala pasukan Makan Cendol pula terdiri daripada Artha, Raisyaa, AX, SMoothJago, Tacus dan Cuckoo dan mereka juga akan mara terus ke liga musim dan menjadi pasukan daripada Malaysia untuk bertempur ke kejohanan MPL musim kelima ini.

Bagi pusingan kelayakan buat pasukan Singapura pula, ianya bakal diadakan pada 15 dan 16 Februari ini dan menurut Moonton, pusingan separuh akhir dan suku akhir akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Mobile Legends kelak.

Kejohanan Mobile Legends Professional League (MPL) musim kelima buat Malaysia dan Singapura ini merupakan acara kejohanan kelima buat siri tersebut yang mana ianya akan menempatkan pelbagai pasukan untuk bertempur sehingga ke pusingan akhir, di mana hanya 8 pasukan sahaja akan berentap untuk mendapat wang hadiah terkumpul melebihi RM410,000.

Untuk kesemua informasi lanjut berkenaan kejohanan ini dan tayangan langsung kejohanan tersebut, anda boleh ke laman Facebook rasmi Mobile Legends.

Leave a Reply