Nama MET Malaysia semestinya tidak asing buat mereka yang mengikuti industri Esukan di mana mereka merupakan salah satu penganjur Esukan terbesar di Malaysia.
Terkini, mereka mengumumkan yang mana MET Malaysia akan dijenamakan semula sebagai IO Esports dan akan bergerak sebagai satu syarikat sendiri luar daripada Mineski Global.
Ketua pegawai eksekutif Kenchi Yap menyatakan bahawa tindakan ini adalah disebabkan beberapa rancangan strategik dan arah syarikat yang berlainan daripada Mineski dan mereka mengambil keputusan untuk bergerak sendiri sebagai IO Esports. Namun mereka masih lagi akan mengoperasikan siber kafe Mineski Infinity disamping menganjur kejohanan dan acara esukan mereka sendiri.
Beliau juga mengucapkan tahniah atas sepanjang kolaborasi selama 10 tahun dan perpisahan ini juga adalah dengan terma yang baik di mana mereka akan memfokuskan ke arah baharu.
IO Esports juga menyatakan pada masa akan datang, mereka akan berkongsi pelbagai perancangan mereka untuk penganjuran acara esukan buat seluruh Asia Tenggara di samping tingkatkan lagi industri esukan secara tempatan.
Untuk informasi lanjut, semestinya anda boleh ke laman rasmi IO Esports.