Tahun lepas, Grounding Inc mengumumkan yang mana mereka akan menunda permainan Space Channel 5 VR: Kind FUnky News Flash! ke tahun ini dan kini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut yang mana ianya bakal tiba pada 25 Februari 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan, permainan ini merupakan permainan realiti-maya dan ia akan dilancarkan di PlayStation VR melalui PlayStation 4, Vive, SteamVR dan Oculus.

Space Channel 5 VR: Kinda Funky News Flash! merupakan siri permainan yang mula diperkenalkan melalui konsol SEGA Dreamcast. Terkini melalui permainan ini, ianya akan mempunyai bentuk permainan secara realiti-maya dan ianya seakan adalah satu olahan semula buat siri tersebut.

Seperti biasa, permainan ini akan menyertakan pelbagai muzik dan tarian yang pemain boleh mainkan termasuklah bentuk penceritaan solo dengan keupayaan untuk mengubah suai kostum Ulala. Selain itu, permainan ini juga akan menyertakan fungsi untuk mengesan jumlah kalori yang dibakar.

Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, pastikan anda dapatkannya menjelang penghujung bulan ini.

Sohor Kini