Sega minggu ini mengumumkan yang Sonic the Hedgehog 2 dan Puyo Puyo 2 disertakan di dalam koleksi Sega Ages iaitu koleksi permainan klasik Sega yang dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Dua permainan tersebut akan dikeluarkan pada 20 Februari 2020 menyertai 14 permainan yang sudah dikeluarkan sebelum ini termasuk juga permainan pertama untuk Sonic the Hedgehog dan Puyo Puyo.

Bagi versi ini, Sonic akan menyertakan “drop dash” iaitu pergerakan yang diperkenalkan di dalam Sonic Mania, ia juga menyertakan Mod Super Sonic yang menjadikan watak lebih berkuasa, mod Time Trial termasuk juga ranking dalam talian dan akhir sekali ia menyertakan watak Knuckles.

Manakala untuk Puyo Puyo 2 ia akan menyertakan mod multi-pemain dalam talian sehingga 2 pemain, ranking dalam talian, kebolehan pemain untuk mandir dan juga mod untuk buta warna.

Kedua-dua permainan ini boleh didapati secara berasingan seperti mana permainan Sega Ages yang lain dengan harga $7.99(RM33).

Sohor Kini