Semalam, Bandai Namco baru sahaja berkongsi beberapa informasi lanjut berkenaan musim ke-3 buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ yang mana ianya merupakan tahun ke-3 buat permainan pelancaran permainan tersebut.

Terkini, bersempena dengan itu, mereka meneruskan dengan pengumuman baharu iaitu watak DLC yang bakal tiba buat permainan tersebut di mana ianya akan bermula dengan watak Kefla, dari siri Dragon Ball Super.

Bagi anda yang mengikuti siri Dragon Ball Super, anda pasti megnetahui watak Kefla di mana beliau adalah watak hasil gabungan Kale dan Caulifla melalui percantuman Potara. Manakala watak Goku Ultra Instinct pula merupakan peringkat seterusnya oleh Goku yang mana juga diperkenalkan di dalam siri Dragon Ball Super.

Menurut Bandai Namco, watak Kefla akan dilancarkan pada 28 Februari 2020 ini diikuti dengan watak Goku Ultra Instinct sekitar suku kedua tahun ini. Selain itu, terdapat 3 lagi watak yang belum diumumkan yang mana juga merupakan sebahagian daripada musim ke-3 buat permainan ini. Bagi anda yang terlepas dengan pengumuman penerbit permainan ini semalam, anda boleh ke artikel ini.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco, berdasarkan siri Dragon Ball. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Kami juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan ini di bawah.

Sohor Kini