Sempena acara kejohanan Drgaon Ball FighterZ World Tour 2020 yang berlangsung hujung minggu ini, penerbit permainan tersebut iaitu Tomoko Hiroki berkongsi beberapa kemaskini dan pengumuman baharu untuk permainan Dragon Ball FighterZ bagi tahu ke 3 ianya dilancarkan.

Seperti anda sedia maklum, permainan ini dilancarkan pada 2017 lepas di mana ianya juga kini memasuki musim ke-3 buat permainan tersebut dengan barisan watak-watak baharu selepas watak Broly dilancarkan tahun lepas.

Melalui video di atas, Tomoko Hiroki mengumumkan fungsi baharu iaitu “Z Assist Select” di mana ianya membenarkan pemain untuk memilih jenis serangan bagi watak sokongan di dalam pasukan pemain. Ini sekaligus membenarkan pemain untuk mempunyai pelbagai kebebasan untuk membuat serangan kombinasi yang lebih meluas dengan watak sokongan di dalam pasukan pemain.

Selain itu, beliau juga berkongsi yang mana mereka mengubah beberapa paparan antara muka permainan tersebut untuk memberi pengalaman yang baharu buat pemain sempena musim ke-3 ini.

Tomoko Hiroki juga menyatakan bagi musim ke-3 ini, mereka mungkin akan mengubah beberapa keseimbangan permainan ketika musim permain dan kejohanan World Tour berjalan. Namun sebarang informasi lanjut akan diumumkan kemudian.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco, berdasarkan siri Dragon Ball. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Kami juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan ini di bawah.

Sohor Kini