nWay minggu ini mengumumkan yang kemaskini v2.0 untuk permainan perlawanan Power Rangers: Battle for the Grid mereka kini tiba untuk semua pemain.

Melalui kemaskini ini ia akan menyertakan lobi untuk sesi bermain secara dalam talian, di mana 8 pemain boleh bersama di dalam satu lobi dan melawan sesama sendiri, 4 perlawanan boleh dilakukan secara serentak dan pemain lain juga boleh menonton perlawanan lain jika tidak mempunyai perlawanan.

Kemaskini ini juga akan membuka fungsi rentas platform untuk PlayStation 4. Pemain daripada PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC kini boleh bermain bersama.

Power Rangers: Battle for the Grid sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia tidak ditawarkan secara rasmi di pasaran Malaysia dan perlu didapati di pasaran luar dengan harga $19.99 (RM82).

Sohor Kini