Pada bulan Julai tahun lepas, WarnerMedia telah mengumumkan HBO Max – iaitu platform penstriman video baharu. Dalam platform ini kandungan-kandungan dari VRVDC UniverseAdult SwimCrunchyroll dan banyak lagi turut akan disertakan. Platform ini pula akan mula dilancarkan pada bulan Mei tahun ini. Kemudian, dalam platform ini juga siri TV DC baharu Green Lantern dan Strange Adventures turut akan disiarkan.

Baru-baru ini, Warner Bros. dan HBO Max telah tubuhkan satu bahagian perfileman baharu – Warner Max. Warner Max bahagian perfileman utama untuk platform penstriman video HBO Max. Warner Max pula akan menghasilan lapan hingga sepuluh filem setahun dan akan diuruskan oleh ketua kandungan HBO Max, Kevin Reilly dan pengerusi Warner Bros. Pictures Group, Toby Emmerich. Tambahan lagi COO Warner Bros Pictures Group, Carolyn Blackwood dan ketua kandungan asli HBO Max Sarah Aubrey turut akan melibatkan diri dalam Warner Max.

Warner max juga akan menjadi sistem baharu bagi pembuat filem untuk hadir dengan kandungan asli yang boleh menyasarkan penonton yang spesifik melalui HBO Max. Filem pertama dari Warner Max akan disiarkan pada tahun ini. Namun, masih tiada maklumat mengenai filem apa dan bilakah tarikh yang spesifik?

Sohor Kini