Seperti mana kami laporakan sebelum ini, Kings iaitu pembangun permainan seperti Candy Crush Saga akan membangunkan permainan baharu pada tahun ini, dan kini tampaknya permainan tersebut telah tertiris iaitu Crash Bandicoot Mobile.
Ia adalah permainan “endless runner” berdasarkan watak Crash Bandicoot, tetapi berdasarkan beberapa tangkapan skrin, ia juga akan menyertakan elemen membina base.
Buat masa ini Activision ataupun King tidak mengumumkan permainan ini secara rasmi.