Activision Blizzard semasa mengumumkan prestasi kewangan mereka telah mengumumkan yang Diablo Immortal iaitu Diablo versi permainan mudah alih ataupun “do you guys not have phones” akan melakukan sesi percubaan pada pertengahan tahun ini.
Mereka juga mengumumkan yang permainan terbaru untuk siri Call of Duty akan tiba pada suku keempat tahun ini. Mereka juga sedan membangunkan beberapa permainan olahan semula yang akan diumumkan sekitar tahun ini.
Manakala Kings iaitu pembangun dan penerbit siri popular Candy Crush Saga akan membangunkan IP baharu pada tahun ini.