Nintendo Jepun hari ini mengumumkan yang produksi konsol Nintendo Switch di China terjejas diakibatkan wabak koronavirus, oleh kerana itu mereka terpaksa menunda sesi pra-tempah di pasaran Jepun untuk versi Animal Crossing bagi konsol tersebut.

Sesi pra-tempah sepatutnya akan bermula pada hari esok tetapi ia telah ditunda ke satu tarikh yang tidak diumumkan lagi. Namun, pra-tempah untuk permainan Animal Crossing sendiri akan terus kekal iaitu esok.

Buat masa ini, tarikh konsol tersebut dilancarkan iaitu pada 13 Mac 2020 masih kekal.

Sohor Kini