Skip to main content

Seperti diumumkan pada minggu lepas, Epic Games Store menawarkan dua permainan untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka pada minggu ini, ia adalah Carcassonne dan Ticket to Ride.

Ia sepatunya tiga permainan termasuk dengan Pandemic, akan tetapi bagi menghormati kejadian wabak Koronavirus, ia akan ditawarkan secara percuma pada masa hadapan.

Carcassonne dan Ticket to Ride merupakan permainan versi digital berdasarkan permainan papan yang berjudul sama. Carcassonne adalah permainan di mana pemain cuba untuk mendapatkan sebanyak kawasan yang boleh. Manakala Ticket to Ride pula adalah permainan yang memfokuskan kereta api dan tiket dengan tujuan rahsia.

Kedua-dua permainan ini ditawarkan secara percuma bermula sekarang sehingga 14 Februari 2020, sebelum digantikan dengan Kindom Come Deliverance dan Aztez.

[download]Muat Turun Carcassonne[/download] [download]Muat Turun Ticket to Ride[/download]

Leave a Reply