Filem terbaru oleh Warner Bros berdasarkan watak-watak komik DC iaitu Birds of Prey kini mula ditayangkan secara global, dan kami sendiri juga telah mengeluarkan ulasan untuknya di mana anda boleh menontonnya di bawah.

Bersempena dengan itu, Epic Games dan Warner Bros sekali lagi mengumumkan kerjasama, di mana kostum Harley Quinn kini boleh didapati di dalam Fortnite.

Selain kostum, ia juga menyertakan Harley Hitter dan Punchlines Pickaxes. Dengan menyelesaikan cabaran khusus, pemain juga boleh mendapatkan variasi lain untuk kostum iaitu Always Fantabulous Harley.

Kostum ini boleh didapati melalui kedai dalam permainan sehingga 17 Februari 2020. Ia ditawarkan denan harga 2000 V-Bucks ataupun lebih kurang RM80 untuk kesemua barangan. Ia juga boleh didapati secara berasingan.

Fortnite sebelum ini telah menyertakan kostum Batman dan Catwoman bersempena dengan ulang tahun ke-80 siri tersebut. Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC dan peranti pintar.

Sohor Kini