Skip to main content

Awal tahun ini, Netmarble mengumumkan watak baharu buat permainan The King Of Fighters Allstar iaitu Orochi di samping pelbagai kandungan tambahan lain seperti kostum dan sebagainya.

Terkini, bersempena dengan hari kekasih yang bakal berlangsung 14 Februari 2020 hadapan, Netmarble mengumumkan satu lagi kandungan baharu yang bakal tiba buat permua tersebut.

Netmarble juga mengumumkan watak Blue Mary dan Kasumi secara rasmi yang mana mereka juga bakal mempunyai pelbagai kemahiran daripada permainan-permainan King Of Fighters sebelum ini. Selain itu, bermula hari ini sehingga 17 Februari ini, pemain kiga boleh dapatkan pelbagai kostum baharu buat watak King, Blue Mary dan Kasumi yang bertemakan hari kekasih tersebut.

Selain itu, Netmarble juga mengadakan acara khas untuk pemain dapatkan pelbagai ganjaran seperti acara hari kekasih khas dan acara lain untuk pemain dapatkan nilai Ruby dengan lebih banyak.

The King of Fighters Allstar kini boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.

Leave a Reply