Tampaknya sejak mendapat beberapa maklum balas oleh pemain berkenaan sistem DRM Denuvo yang sentiasa memberi kesan terhadap prestasi permainan, Capcom kini akhirnya membuangkan sistem tersebut buat permainan Devil May Cry 5 di PC.
Berdasarkan laporan Siliconera, kemaskini terkini buat permainan tersebut tidak lagi menyenaraikan sistem Denuvo di laman rasmi Steam permainan tersebut, sekaligus pemain tidak lagi perlu risau akan prestasi permainan tersebut di PC.
Meskipun begitu, Devil May Cry 5 semestinya salah satu permainan yang sangat laku di mana dalam masa sekitar sebulan ia dilancarkan, permainan tersebut telah pun terjual melebihi 2 juta salinan. Dengan kemaskini ini, semestinya akan lebih ramai pemain yang berminat untuk bermain permainan ini di Steam yang mana ianya hanya dijual dengan harga RM139 sahaja.
Devil May Cry 5 telah pun dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC tahun lepas di mana kami di Aksiz juga sangat menyukai permainan ini dan telah membuat ulasannya di bawah.