Setelah setahun di lancarkan secara eksklusif di Epic Games Store, Deep Silver hari ini akhirnya mengumumkan bahawa permainan Metro Exodus akan kembali dijual di Steam bermula 15 Februari 2020 ini.

Tarikh tersebut semestinya adalah tarikh setahun selepas pelancaran permainan tersebut di Epic Games Store tahun lepas dan menurut Deep Silver, permainan tersebut akan tiba sekitar jam 1 petang pada 15 Februari 2020 ini bagi waktu tempatan.

Ketika sesi pra-tempahan beberapa tahun lepas, permainan ini juga masih lagi tersenarai di Steam, namun ianya kemudian tidak lagi dijual secara rasmi di platform tersebut. Kini dengan tamatnya eksklusif di Epic Game Store, semestinya pemain yang tidak berkesempatan untuk mendapatkannya di Steam, berpeluang untuk berbuat demikian bermula minggu hadapan.

Metro Exodus merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan dunia pasca-apokaliptik bertempatkan di Moscow. Ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Game Store.

Sohor Kini