Beberapa hari lepas, Platinum Games telah melancarkan kempen biayasama untuk Wonderful 101 di Kickstarter. Dengan sasaran 5 juta Yen (~RM200 ribu), ia kini telah mendapat sumbangan dana sebanyak 152 juta Yen (RM5.6 juta) dengan masih ada 29 hari lagi tempoh kempen biayasama ini.

Melalui kemaskini di bahagian FAQ, mereka berkongsi spesifikasi teknikal untuk permainan tersebut bagi tiga platform yang dikeluarkan iaitu PlayStation 4, Switch dan PC;

PS4:
Resolusi :PS4 1080p/PS4Pro 2160p
Kelancaran:Mensasarkan 60 kadar bingkai sesaat

Switch:
Resolusi:720p secara mudah alih/1080p di TV
Kelancaran:Mensasarkan 60 kadar bingkai sesaat

PC:
Resolusi :1080p dengan perancangan untuk menyokong monitor lebar
Kelancaran:Mensasarkan 60 kadar bingkai sesaat

Wonderful 101 adalah satu permainan aksi adiwira oleh Platinum Games yang dilancarkan pada 2013 lepas di konsol Wii U. Manakala versi Remastered ini disasarkan akan tiba pada April 2020.

Sohor Kini