Doctor Strange: In The Multiverse of Madness adalah sekuel kepada filem Doctor Strange. Ia dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan Mei 2021. Dukacita dimaklumkan, yang pada bulan lepas – pengarah filem ini Scott Derrickson menarik diri dari mengarah filem ini kerana perselisihan idea.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada berita baik telah tiba. Menurut Variety, Sam Raimi – iaitu pengarah filem Spider-Man yang asal mungkin akan mengarah filem sekuel Doctor Strange ini. Disebabkan sumber mengatakan yang tarikh tayangan filem ini tidak akan ditangguhkan, Sam Raimi perlu bergegas dengan pantas untuk usaha lebih jika benar beliau akan mengarah filem ini. Bagi Scott Derrickson pula, beliau masih kekal dalam projek filem ini sebagai penerbit eksekutif.
Doctor Strange: In The Multiverse of Madness akan berlaku selepas Avengers: Endgame. Wanda atau Scarlett Witch, turut dikatakan akan sertai filem ini dan siri TV Disney+ WandaVision dikatakan akan berkait rapat dengan filem Doctor Strange ini.