Siri Netflix Kingdom, semestinya salah satu drama siri Korea kesukaan saya yang mana ianya memaparkan drama berbentuk seram dengan elemen zombi dengan plot berpolitik yang sangat menarik sekali.

Terkini, Netflix akhirnya mengesahkan yang mana siri tersebut akan kembali bagi musim kedua, bermula 13 Mac 2020 ini.

Musim kedua siri ini sekali lagi akan memfokuskan putera raja Lee Chang bersama-sama Cho Haj-Ju, Seo-Bi, Mu-Yeong, Yeong-Sim, Beom-Pal dan permaisuri untuk mempertahankan diri daripada ancaman-ancaman zombi ketika penghujung musim pertama lepas.

Bagi anda yang masih belum menonton musim pertama Kingdom di Netflix, saya sendiri sangat mengesyorkan anda untuk menontonnya yang mana ianya mempunyai 6 episod dan musim kedua juga disahkan akan mempunyai 6 episod.

Kingdom asalnya adalah berdasarkan siri komik The Land Of The GOds oleh Kim Eun-Hee yang mula diterbitkan pada 2015 lepas. Melalui siri Netflix ini, ianya di arahkan oleh Kim Sung-Hoon dan dituliskan oleh penulis asal, Kim Eun-Hee.

Sohor Kini