Siri permainan Kingdom Rush semestinya merupakan salah satu permainan kegemaran saya ketika memiliki tablet Nexus beberapa tahun lepas yang mana ianya mempunyai bentuk permainan pertahanan yang sangat ringkas disamping rekaan seni yang menarik dicampur dengan permainan yang sangat mencabar.

Terkini, Ironhide Game Studios mengumumkan yang mana permainan tersebut mereka akan membawa ke konsol Switch bermula bulan ini.

Menurut Ironhide Games Studios, versi Switch ini merupakan versi pernambah-baikkan yang mana mereka akan sertakan sokongan dengan bermain dengan menggunakan alat kawalan. Selain itu, permainan ini juga menyertakan beberapa cabaran baharu dan segala kandungan yang dilancarkan sebelum ini.

Kingdom Rush Forntiers akan dilancarkan pada 27 Februari 2020 ini di Switch secara digital melalui Nintendo eShop. Manakala bagi permainan lain buat siri Kingdom Rush tersebut, ianya akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini