Skip to main content

Rod Fergusson hari ini mengumumkan yang mana beliau akan meninggalkan studio The Coalition dan akan menyertai Blizzard bermula Mac ini.

Menurut kenyataan beliau di Twitter, Rod Fergusson akan terlibat dengan pembangunan siri Diablo di Blizzard yang mana sebelum ini The Coalition, beliau merupakan ketua studio tersebut dan terlibat dengan pelbagai siri Gears Of Wars sebagai penerbit. Beliau juga merupakan salah seorang yang terlibat dengan pembangunan Gears Tactics yang bakal tiba April ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Rod Fergusson dan dengan ini kami juga berharap agar Blizzard tidak merosakkan siri Diablo seperti mana yang mereka lakukan buat siri Warcraft.

Leave a Reply