Seperti anda sedia maklum, musim pertama untuk Battle Pass Call Of Duty: Modern Warfare akan tamat pada 12 Februari 2020 ini di mana ianya akan digantikan dengan musim kedua dengan pelbagai kandungan baharu buat permainan.
Terkini, melalui akaun Twitter rasmi Call Of Duty, Activision tampaknya mengacahkan musim kedua melalui satu video khas, yang memperlihatkan beberapa kandungan baharu di samping watak lama, yang akan kembali.
Seperti yang anda tonton di atas, video tersebut memperlihatkan beberapa lokasi dan peta baharu buat permainan tersebut, iaitu peta Rust yang terkenal untuk siri Call Of Duty Modern Warfare sebelum ini.
Selain itu, video acah tersebut juga memperlihatkan watak Ghost, iaitu Simon Riley yang mana mungkin akan kembali sebagai salah sorang watak yang boleh dimainkan di dalam musim kedua permainan ini.
Semestinya buat masa ini informasi lain tidak diumumkan dan kami pasti akan mengemaskini setelah ia diumumkan secara rasmi kelak.
Call Of Duty: Modern Warfare telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga sebelum ini telah mengulasnya di mana anda boleh membaca lebih lanjut di bawah.