Sebelum ini, kami melaporkan yang mana permainan Final Fantasy VII Remake adalah eksklusif di konsol PlayStation 4 sehingga Mac 2021 sahaja, di mana ianya dalam tempoh masa setahun selepas ianya ia dilancarkan di PlayStation 4. Permainan ini kemudiannya ditunda dan ramai peminat tertanya sama ada tempoh masa eksklusif tersebut juga ditunda ataupun tidak.
Kini, persoalan tersebut akhirnya terjawab di mana melalui perkongsian karya kotak permainan tersebut, ianya menyatakan bahawa permainan tersebut akan eksklusif di PlayStation 4 sehingga 10 April 2021, iaitu setahun selepas ianya dilancarkan di konsol tersebut.

Semestinya dengan kenyataan ini, ianya berkemungkinan untuk permainan Final Fantasy VII Remake untuk tiba di platform lain seperti konsol Xbox One ataupun di PC.
Final Fantasy VII Remake akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 10 April 2020. Kami sebelum ini juga telah pun membuat pandang pertama buat permainan ini di mana anda boleh membacanya di bawah.