Square-Enix hari ini mengumumkan versi fizikal untuk edisi lengkap Kingdom Hearts All-In-One Package, di mana sebelum ini versi ini hanya tiba secara digital sahaja. Berdasarkan kenyataan Square-Enix, ianya akna mula dijual bermula 17 Mac 2020 ini.

Menurut Square-Enix, versi ini akan dijual dengan harga $49.99(~RM207) dan ianya akan menyertakan kesemua permainan-permainan Kingdom Hearts yang dilancarkan sebelum ini melalui pek The Story So Far bersama Kingdom Hearts 3.
Namun, dukacitanya pek ini tidak akan menyertakan DLC Re:Mind yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lepas buat permainan Kingdom Hearts 3.
Selain itu, pek ini juga akan menyertakan ilustrasi khas oleh Tetsuya Nomura iaitu pengarah permainan ini.
Berikut adalah senarai permainan yang disertakan:
- Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMix
- Kingdom Hearts FINAL MIX
- Kingdom Hearts Re:Chain of Memories
- Kingdom Hearts 358/2 Days (sinematik HD)
- Kingdom Hearts II FINAL MIX
- Kingdom Hearts Birth by Sleep Final MIX
- Kingdom Hearts Re:coded (sinematik HD)
- Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue
- Kingdom Hearts Dream Drop Distance HD
- Kingdom Hearts 0.2 Birth by Sleep –A fragmentary passage–
- Kingdom Hearts χ Back Cover (filem)
- Kingdom Hearts 3
Buat masa ini, pek ini hanya diumumkan buat versi PlayStation 4 sahaja dan bagi pasaran Malaysia, kami percaya ianya pasti akan tiba pada tarikh yang sama.