Skip to main content

Microsoft hari ini mengumumkan beberapa permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Games Pass untuk PC dan Xbox One bagi bulan Februari.

Xbox Games Pass untuk Xbox One akan menerima Final Fantasy XV dan Wolfenstein Youngblood pada 6 Februari dan Death Squared pada 13 Februari. Manakala untuk PC, ia akan memberikan dua permainan yang sama iaitu Final Fantasy XV dan Wolfenstein Youngblood, manakala permainan ketiga adalah Death’s Gambit. Buat masa ini tarikh untuk PC masih tidak diumumkan.

Langganan Xbox Game Pass menyediakan lebih daripada 100 permainan oleh pelbagai penerbit yang anda boleh mainkan dengan hanya harga langganan serendah $9.99(~RM42) sebulan sahaja bagi versi konsol dan bagi versi PC pula berharga $4.99(~RM25). Anda juga boleh mendapatkannya berkas langganan Xbox Game Pass Ultimate yang menyertakan kedua-dua langganan Xbox Game Pass di PC dan di konsol bersama Xbox Live Gold.

Xbox Games Pass for PC juga ditawarkan dengan harga promosi $1 (RM4) untuk tiga bulan, bagi pelanggan baharu.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Leave a Reply