Skip to main content

Siapa di kalangan pembaca Aksiz layan akan siri TV Altered Carbon? Seronok bukan? Sudah dua tahun sejak musim pertama disiarkan di Netflix, kini ramai yang nantikan musim kedua – termasuk diri saya. Musim kedua hanya akan disiarkan pada hujung bulan ini, iaitu 27 Februari.

Netflix baru-baru ini berkongsi video acah baharu. Video acah ini memfokuskan watak Takeshi Kovacs, lakonan Anthony Mackie (sebelum ini Takeshi dilakonkan oleh Joel Kinnaman). Takeshi dalam video ini bermonolog, menyatakan betapa bahayanya dunia teknologi ini dan kalau diri kita kejar “hantu” diri kita – kita sendiri akan menjadi hantu itu.

Untuk musim kedua, Takeshi ingin mencari kekasih lama beliau. Kemudian, sudah berpuluh tahun merantau di seluruh galaksi – Takeshi telah kembali ke kampung halaman beliau “Harlan’s World”. Namun dalam meneruskan pencarian kekasih beliau, Quellcrist – terdapat misteri yang perlu diselesaikan. Kini Takeshi sudah keliru dan ingin tahu siapakah sebenarnya kekasih beliayu – Quellcrist Falconer?

Leave a Reply