Skip to main content

Melalui temubual bersama dengan MSFT, penerbit untuk Cyberpunk 2077 John Mamais telah berkongsi pelbagai perkembangan dan maklumat terbaru untuk permainan tersebut.

Antara yang dikongsi adalah misi sampingan yang digelar sebagai “Street Stories”. Ia mempunyai penceritaan tersendiri tetapi tidak mendalam seperti mana misi-misi lain. Ia dihasilkan untuk memberi alasan kepada pemain untuk menjelajah Night City dan juga meningkatkan tahap watak.

Tambah beliau lagi, terdapat lebih kurang 75 misi Street Stories yang disertakan di dalam permainan ini. Apabila ditanya sama ada ia adalah misi yang dihasilkan secara rawak, beliau mengatakan setiap misi direka sendiri oleh mereka.

Street Stories ini adalah salah satu aktiviti sampingan yang disertakan di dalam permainan ini.

Selain itu, beliau sekali lagi mengatakan yang adegan di dalam permainan ini sepenuhnya daripada sudut pandang orang pertama, mungkin sebahagian kecil adegan pada awal dan juga pengakhiran permainan.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 17 September 2020.

Leave a Reply