Dreams sebelum ini telah ditawarkan secara akses awal buat sementara waktu dan tidak lagi ditawarkan sejak 7 Disember 2019. Beberapa hari kemudian, mereka mengumumkan yang Dreams akan dikeluarkan secara penuh pada 14 Februari 2020.

Minggu ini, Media Molecule mengumumkan pemilik Dreams versi akses awal akan mendapat kemaskini permainan penuh pada 11 Februari 2020 iaitu 3 hari lebih awal sebelum ia dikeluarkan secara penuh.

Antara kandungan yang hadir melalui versi penuh adalah Art’s Dream iaitu permainan pengembaraan yang mengikuti seorang pemuzik jazz yang bermimpi mengenai kehidupan belia pada masa lepas, sekarang dan juga masa depan.

Selain itu, ia juga menyertakan kit rekaan baharu iaitu Welcome Home dan Ancient Temple yang boleh digunakan oleh pemain untuk karya mereka. Ia juga akan menyertakan penambah-baikkan untuk antaramuka permainan.

Dreams adalah “permainan” yang membolehkan pemain mencipta pelbagai karya di dalamnya. Ia akan tiba secara eksklusif untuk PlayStation 4 pada 14 Februari 2020.

Sohor Kini