The Mandalorian adalah siri TV pertama Star Wars yang disiarkan di platform penstriman video Disney+. Ia adalah kisah sampingan dari francais filem Star Wars yang memfokuskan kepada watak The Mandalorian dan Baby Yoda. Musim pertama sudah pun berakhir dan peminat pasti tidak sabar menantikan sambungannya dalam musim kedua kelak.

Terkini, terdapat informasi yang mengatakan The Mandalorian musim kedua akan disiarkan pada bulan Oktober tahun ini. Walau bagaimanaoun, tiada sinopsis lagi sama ada apakah kisahnya pula? Adakah kita akan lebih tahu asal-usul Baby Yoda atau adakah The Mandalorian akan kerap menanggalkan topeng beliau?
Bukan itu sahaja, sumber menyatakan yang CEO Disney Bob Iger berkata akan ada lebih banyak musim The Mandalorian selepas musim kedua nanti. Lebih mengejutkan adalah, ada kemungkinan Disney turut akan hasilkan siri TV sampingan berdasarkan The Mandalorian. Apa-apa pun, untuk maklumat lanjut terus ikuti Aksis – kerana kami akan laporkan terus berita menarik ini kepada semua.