Skip to main content

Dan Houser, iaitu pengasas bersama untuk studio pembangun permainan terkenal seperti Grand Theft Auto dan Red Dead Redemption kini dilaporkan akan meninggalkan studio tersebut.

Menurut laporan VentureBeat, Dan Houser akan meninggalkan studio tersebut bermula 11 Mac 2020 ini dan menurut kenyataan rasmi Take Two Interactive, mereka semestinya berterima kasih atas segala sumbangan beliau dan Rokcstar Games akan masih terus fokus menghasilkan lebih banyak kandungan dan projek permainan pada masa akan datang.

Dan Houser semestinya salah seorang pembangun yang terlibat untuk pelbagai permainan terkenal oleh Rockstar Games sebagai penerbit permainan seperti Bully, Red Dead Remption dan Max Payne 3. Beliau juga terlibat dengan penulisan untuk hampir keseluruhan siri Grand Theft Auto.

Dari segi pengasas bersama dan abang beliau sendiri iaitu Sam Houser, VentureBeat melaporkan yang beliau akan masih lagi bersama Rockstar Games.

Leave a Reply