Melalui laporan Game Industry Biz, Sony hari ini tampaknya akan menutup studio pembangun permainan realiti-maya di Manchester, United Kingdom. Studio tersebut ditubuhkan pada 2015 lepas yang mana ianya dilaporkan terlibat dengan pembangunan permainan realiti-maya yang tidak diumumkan.
Penutupan studio tersebut juga dikatakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan buat PlayStation yang mana ianya dilaporkan keseluruhan studio di Manchester tersebut sudah adalah berlebihan.
Buat masa ini, laporan tambahan lain tidak dikongsikan dan projek ataupun permainan realiti-maya yang sedang dibangunkan di studio tersebut tidak diumumkan.
Semestinya ini bukanlah kali pertama Sony menutup studio pembangun permainan dan mungkin dengan pelbagai studio yang telah pun mereka miliki sekarang, mungkin Sony juga bakal memfokuskan tumpuan utama buat konsol PlayStation 5 kelak.