Informasi Permainan Video Terkini
Senarai Permainan Buat Kejohanan EVO 2020 Diumumkan – Marvel VS Capcom 2 Dan Granblue Fantasy: Versus Tersenarai

Senarai Permainan Buat Kejohanan EVO 2020 Diumumkan – Marvel VS Capcom 2 Dan Granblue Fantasy: Versus Tersenarai

Diterbitkan pada Feb 5, 2020 oleh .

Kejohanan permainan perlawanan yang sangat terkenal iaitu EVO Championship Series kembali untuk tahun 2020 ini di mana ianya akan menempatkan 9 permainan yang akan dipertandingkan.

Hari ini, EVO akhirnya mengumumkan secara rasmi 9 permainan tersebut yang terdiri daripada beberapa permainan yang dipertandingkan tahun lepas. Menariknya juga, tahun ini mereka juga akan mempertandingkan permainan Marvel VS. Capcom 2 dan juga permainan akan datang, Granblue Fantasy: Versus.

Berikut adalah senarai penuh untuk permainan yang akan dipertandingkan:

  • Dragon Ball FighterZ
  • Street Fighter V: Champion Edition
  • Samurai Shodown
  • Granblue Fantasy: Versus
  • Soul Calibur VI
  • Tekken 7
  • Under Night In-Birth Exe:Late[cl-r]
  • Marvel VS. Capcom 2

Kejohanan EVO 2020 seperti biasa akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat bermula 31 Julai ini sehingga 2 Ogos 2020 ini.

Buat masa ini, informasi berkenaan hadiah terkumpul dan jadual masih belum diumumkan. Kami akan mengemaskini apabila ianya diumumkan kelak.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar ataupun mengetahui informasi lanjut berkenaan kejohanan EVO 2020, anda boleh melayari laman rasminya di bawah.

Layari: EVO 2020


TIPS & ULASAN