Skip to main content

Florence semestinya salah satu permainan kesukaan saya beberapa tahun lepas apabila ianya mula dilancarkan sebagai permainan mudah-alih di peranti telefon pintar di mana ianya bukan sahaja mempunyai bentuk permainan yang ringkas, bahkan ianya mempunyai penceritaan yang menarik dan tenang.

Terkini, Annapurna Interactive mengumumkan yang mana permainan ini akan dilancarkan di konsol Switch dan PC melalui Steam, menjelang 14 Februari 2020 ini.

Florence meletakkan pemain untuk bermain sebagai seorang wanita iaitu Florence Yeoh di mana pemain akan melakukan sebilangan tugasan harian beliau seperti bekerja, memasak makan malam dan sebagainya. Penceritaan permainan ini diteruskan dengan perhubungan percintaan antara Florence dan Krish, di mana ia akan memperlihatkan bagaimana mereka bertemu, yang mana sudah pasti sangat sesuai dengan tarikh pelancarannya pada hari kekasih minggu hadapan.

Bagi anda yang berminat, ianya boleh didapatkan di Steam bagi di PC, manakala di Switch ianya boleh dibeli secara digital melalui Nintendo eShop menjelang minggu hadapan. Bagi anda yang ingin bermainnya di peranti telefon pintar, ianya telah pun dilancarkan di iOS dan Android dengan harga sekitar RM12.

Leave a Reply