Skip to main content

The Sims iaitu permainan simulasi kehidupan oleh Maxis dan EA pertama kali dikeluarkan pada Februari 2000, bulan ini, mereka menyambut ulang tahun ke-20 buat siri permainan tersebut.

Sepanjang 20 tahun tersebut, ia telah menerima 4 permainan utama, di mana yang terbaru The Sims 4 dikeluarkan pada tahun 2014, manakala The Sims 5 pula sudah tertiris tetapi tiada pengumuman rasmi oleh EA buat masa ini.

Bersempena dengan ulang tahun tersebut, mereka telah mengumumkan akan memberi penambahan untuk The Sims 4 secara percuma kepada beberapa ratus pemain secara rawak melalui Origin sepanjang 24 jam ini. Pemain hanya perlu meletakkan mana-mana penambahan yang diingini di dalam senarai hajat Origin untuk berpeluang.

Selain itu, untuk semua pemain yang memiliki The Sims 4 (termasuk juga ynag baru mendapatkannya secara percuma melalui PS Plus bulan) akan mendapat tab panas secara percuma.

Mereka juga berkongsi satu infografik mengenai 20 tahun siri The Sims, di mana ia mengumumkan yang setakat ini sudah 1.6 bilion watak yang dicipta di dalam The Sims di mana daripadanya adalah 6.9 juta Vampire, 1 juta ikan duyung, 217 ribu makhluk asing. Pemain juga telah melakukan 1.6 bilion kali “Woohoo” yang membawa kepada 173 ribu bayi dan juga 37 juta perkahwinan.

Bagi yang berminat untuk membawa The Sims ke dunia nyata, mereka juga menawarkan Tshirt bersempena sambutan ini melalui laman Threadless.

Leave a Reply