Doorkickers adalah permainan strategi masa nyata di mana pemain perlu membuat perancangan untuk memasuki kawasan penjahat dan membunuh mereka semua.

Ia dibangunkan oleh Killhouse Games dan sudah dikeluarkan sejak tahun 2014 untuk PC dan Android. Mereka sudah mengumumkan sekuel untuk permainan ini pada tahun 2016 akan tetapi tiada maklumat lanjut selepas pengumuman tersebut.

Kini, 4 tahun kemudian, mereka akhirnya memperlihatkan satu video acah untuk Doorkickers 2 yang anda boleh ditonton di bawah. Mereka juga mengumumkan yang, ia akan dikeluarkan secara akses awal melalui Steam pada suku kedua tahun ini.

Berdasarkan video tersebut, diperlihatkan yang Doorkickers 2 akan memfokuskan pertempuran di timur tengah berbanding pasukan polis untuk permainan pertama.

Doorkicker 2 buat masa ini hanya diumumkan untuk PC, tetapi ia mungkin akan dikeluarkan untuk pelbagai lagi platform di masa hadapan.

Sohor Kini